Monday, 6 February 2012

pEnGeNaLaN LuJnAh

As-Salam
Tahun 2012 pastinya hadir bersama arus perubahan
Tanggal Januari 2012 telah tertubuhnya Lujnah Kesenian dan Rekreasi  (K&R) di bawah tampuk pimpinan Biro Agama dan Kerohanian IPG Kampus Ipoh.

Kenapa K&R?? (Persoalan!)
Lujnah Kesenian dan Rekreasi Islam ialah hasil gabungan dari dua Lujnah sebelum ini iaitu :

1. Lujnah Kebudayaan dan Kesenian Islam (KKI) 
2. Lujnah Riadah dan Rekreasi (R&R)
Maka terciptalah Lembaran baru hasil gabungan dua buah lujnah yang diberi nama 
Lujnah Kesenian dan Rekreasi (K&R)

Tampuk pimpinan baru ini telah sebualat suara melantik 
Ketua Lujnah :  Muhammad Firdaus bin Abdullah (K2)
Penolong Ketua Lujnah : Nurul Fatin binti Abu Bakar (K18)
Manakala ahli-ahli yang lain sedang dikemaskini..

Masih belum terlewat rasanya kami warga K&R ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul 1433H buat semua warga IPG kampus Ipoh..
Untuk pengisian pertama kami bawakan anda semua satu sajak berkaitan maulidurrasul nukilan karya admin Blog Lujnah K&R sendiri:-


Inspirasi Abadi
Nukilan Karya: Firas Ayis

Tika daku teringatkanmu tenangkan dihati
Mutiara Jernih berderai  gugur membasahi pipi
Seringkali kerinduan ini bertamu tidak bisa ku bendung lagi
Ingin sesekali ku lakarkan rindu yang ku rasai

Sirahmu ku baca hayati indah kata-katamu
Ukhuwahmu dan sahabat begitu erat sekutu
Peribadi  indah mulia akhlakmu
Sungguh kasihmu ku dambakan selalu

Antara yang berjuta kau terhebat
Selalu membela mengasihi umat
Kau rasul tercinta ikutan seluruh umat
Namamu  terpahat dihati kan tersemat

Walau kita tidak pernah bersua
Hati ini selalu merinduimu rasul mulia
Bibirku hanya bisa mengukir butir selawat mengubat rindu
Ingin sekali ku bersua denganmu
Walaupun sekadar hanya dalam mimpiku

Ya Rasul... Walaupun kau telah pergi
Namun kau tetap menjadi inspirasi
Kau tetap disini... dihati




(kredit kepada Biro Agama dan Kerohanian IPG Kampus Ipoh)

Semoga sajak yang diutarakan dapat memberi manfaat kepada pembaca semua..
Akhir tinta
"Seni dan Riadah Islami Budaya Ummah"

4 comments:

  1. Salam, tahniah KRI...
    semangat ini dan iltizam ini amat sesuai untuk anak-anak muda :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya akhi.. sentiasa doakan perjuangan kami ya..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, berbekalkan ilmu di dada, sama-sama gerakkan biro.

    ReplyDelete
  4. semoga apa yang kita perjuangkan sentiasa diberkati yang ESA

    ReplyDelete